Masyaallah, Dari Tukang Cuci Naik Pangkat Jadi Imam Masjid Lepas Alun Ayat Al-Quran

Apa pun pekerjaan seseorang dia tetap merupakan hamba Allah S.W.T. Tiada siapa layak untuk menghin4 kerja seseorang itu walaupun mereka berada dalam sektor bawahan.
Majikan terdengar bacaan al-Quran

Siapa sangka, seseorang yang hanya bekerja sebagai tukang cuci masjid diangkat martabatnya dengan menjadi seorang imam di sebuah masjid di Qatar. Hal tersebut berlaku berikutan pihak pengurusan masjid terdengar bacaan merdu tukang cuci tersebut ketika membersihkan lantai.

Tukang cuci tersebut dilihat ralit mengalunkan ayat suci al-Quran sebelum didatangi oleh si perakam video untuk bertanya mengenainya. Dia memperkenalkan diri dan memberitahu berasal dari Uganda serta bersekolah tahfiz di negara tersebut.

Tidak lama selepas itu, perakam video berkenaan yang dipercayai adalah majikannya telah menawarkan lelaki Uganda tersebut jawatan sebagai imam di masjid tempatnya bekerja. Sebenarnya, kisah lelaki yang dikenali sebagai Shalawi Siraje ini telah tular beberapa hari yang lalu di media sosial kerana dinaikkan pangkat serta merta dari seorang tukang cuci kepada imam.

Sudah bertugas sebagai imam

Oleh hal yang demikian, menerusi kisah penuh inspirasi ini, dapat kita fahami bahawa tidak semestinya individu yang bekerja sekadar tukang cuci ini tidak mempunyai ilmu yang tinggi. Siapa tahu, seperti Shalawi Siraje yang bertugas membersihkan rumah Allah itu akhirnya dinaikkan pangkat sebagai imam setelah bacaan merdu al-Qurannya didengar oleh majikan.

Setelah nama dan videonya Shalawi tular, beliau juga sempat menzahirkan ribuan terima kasih dan menitip nasihat kepada netizen.

“Ingatlah ALLAH walau di mana pun anda berada, ketika anda bekerja atau tidak. Ramai orang fikir, Islam adalah hanya orang Arab tetapi mereka salah. Islam adalah untuk semua makhluk di muka bumi ini.

“Itu sebab mungkin banyak juga yang tak menyangka saya tidak pandai membaca al-Quran. Ini kerana saya kulit hitam, bukan kaya raya dan hanya seorang tukang cuci.

“Namun sebenarnya Quran bukan saja untuk Arab, tetapi untuk semua manusia,” katanya.

Leave a reply "Masyaallah, Dari Tukang Cuci Naik Pangkat Jadi Imam Masjid Lepas Alun Ayat Al-Quran"

Author: 
author